Welcome To My Guest..

Wednesday 26 October 2011

Raja Sehari Kami Mohd Hafiz & Zurianita (BLM293)




Sabda Rasullullah S.A.W " Apabila telah berkahwin seseorang umatnya, maka die telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Maka dengan itu, Bertaqwalah kepada Allah di separuh yang lain selepas berkahwin " Riwayat Bukhari...






Sabtu, 11 Jun 2011 bersamaan 9 Rejab 1432H, Hafiz&Zuria telah selamat di ijab kabulkan di Kediaman KM 7.5 Kampung Alai, Melaka. Kedua mempelai ini adalah salah satu ahli keluarga kami yang sudah selamat mendirikan Masjid dan merealisasikan impian mereka. Syukur Alhamdullillah, Majlis dapat berjalan dengan lancar. Tidak ketinggalan juga Big Family BLM Melaka turut hadir memberi semangat kepada Hafiz&Zuria...Kalau lah big family dah turun padang, mahunya tempat tu macam dorang punya...hehehehe....


Pada hari ke-esokkannya, Konvoi menghantar pengantin sempena majlis meyambut menantu di kediaman keluarga sebelah pihak lelaki..Saga BLM telah membanjir sepanjang laluan ke rumah sebelah Keluarga Pengantin lelaki di Semabok, Melaka...Dengan mengambil kesempatan sebagai adat orang kita, Air Mawar juga direnjis serta bunga rampai di taburkan kepada kedua mempelai sebagai tanda restu dari wakil BLM Melaka Region. Penglibatan dari Ahli keluarga BLM Melaka Region amat memgalakkan..Terima Kasih juga kepada rakan terdekat iaitu Nadia&Dzul dari Negeri Sembilan serta wakil dari BLM Johor Region yang turut hadir memeriahkan Majlis Tersebut. Sekalung penghargaan kepada Marshall, Fadzly,Ash,Chicken dan Takumi sebagai 1st Mashal kerana melancarkan sepanjang laluan konvoi. Admin Sebagai wakil dari Keluarga BLM Melaka Region ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan Selamat Pengatin Baru kepada Hafiz&Zuria semoga berkekalan hingga akhir hayat...Kami sentiasa mengidamkan satu kelahiran kecil dari anda berdua agar keluarga BLM Melaka Region bertambah besar..





No comments:

Post a Comment