Welcome To My Guest..

Saturday 12 November 2011

Annual Grand Meeting 2011

1 October 2011, Majlis Mesyuarat Tahunan 2011 BiG Family Melaka Region telah diadakan di Pantai Puteri, Melaka yang berkonsepkan Barbecue & Relax Night. Inilah Majlis Mesyuarat pertama yang telah dianjurkan oleh BiG Family Melaka Region.

Mesyuarat Tahun ini dibuat bertujuan untuk pengumuman perlantikan Timbalan,Setiausaha dan Exco didalam BFM. Semua perlantikan telah dinilaikan oleh warga BFM melalui undian tertinggi yang dibuka selama seminggu.Disamping itu, mesyuarat tahun ini memberi peluang kepada warga BFM meyesuaikan diri dengan ahli yang lain serta sesi perkenalan ahli 500 hingga 800....

Sambil angin bertiup  duduk bersantai di dataran Pantai Puteri Melaka, warga BFM dapat dihidangkan dengan jamuan ayam BBQ,kuih muih serta pelbagai makanan lagi...Pasti kemeriahan yang tidak dapat kami gambarkan apabila semua sudah duduk berkumpul...Kerjasama, usahasama dan tidak pernah berkira didalam BFM utk menjayakan Mesyuarat ini telah terbukti dengan jayanya....Semoga Majlis seumpama ini dapat di kekal dari tahun ke tahun untuk membentang sebarang cadangan untuk menambah baikkan BiG Family Melaka Region.
Pihak BFM juga ingin ucapkan setinggi tahniah kepada ahli yang tercalon dan juga jutaan terima kasih kepada yang hadir dan kepada sesiapa yang telah bertugus lumus untuk menjayakan program ini....


TIMBALAN PRESIDENT KELAB (ASST.MODERATOR)
 1.TaKumi OniZuka

SETIAUSAHA KELAB:
1.Cik Sha
2.Citra Fariza

JAWATAN TETAP YANG TELAH DILANTIK DAN KEKAL:

MODERATOR SOUTHERN REGION:
1.Mr.Chin Swee To

PENASIHAT KELAB (ADVISOR):
1.Mr. Mohd Akhmal (Vodafone)

MODERATOR MELAKA REGION:
1.Mr.Mohd Fadzly (Abg Long)

BENDAHARI:
1.Mr.Mohd Fadzly
2.Mrs.Zurianita











Friendly Badminton Tournament BFM vs Prosboc

Dua Kelab BLM Gergasi Malaysia telah bertembung didalam satu perlawanan badminton persahabatan edisi 2011...huhuu sungguh mengerunkan bunyinya....Inilah perlawanan persahabatan yang telah di anjurkan Pihak Prosboc Melaka dan kerjasama juga dengan BLM Melaka Region...

Perlawanan ini bertujuan utk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita didalam dunia permotoran..disamping itu dapat juga kita bersuai kenal antara satu sama lain..
Konsep perlawanan ini adalah liga dan pengiraan mata 21...Namun perlawanan kali ini berpihak pada BLM Melaka Region...

Kalah dan menang bukanlah ukuran, kini dua kelab gergasi BLM telah bersatu BLM & Prosboc..semoga aktiviti sihat ini dapat dicontohi kepada kelab permotoran yang ada di Melaka dan diluar Melaka...

 
                            

Masih Mood Raya



Raya kan sebulan, warga BFM x penat-penat pergi beraya..mana tak penat...bila dah konvoi dan semuanya bersama pasti tidak akan rasa penat...Inilah sudutan kecil sepanjang Hari Raya 2011 didalam keluarga Big  Family Melaka....Pelbagai gelagat dan telatah dalam keluarga ini...

Riang Ria Aidilfitri 2011


Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma..inilah tahun pertama BFM meyambut hari raya dengan keluarga yang besar...Kunjung mengunjung dari rumah kerumah ahli BFM telah dilakukan...secara tak langsung kami dapat berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing dan sambil menziarahi serta mengambil kesempatan bermaaf-maafan antara satu sama lain...

Tanggal raya keenam keluarga BFM telah dijemput utk hadir ke rumah salah seorang ahli BFM yang berada di Batu Pahat iaitu rumah Takumi @ Remy...tambahan ketika itu BLM Johor Region turut dijemput utk hadir kerumah beliau.. Amat meriah sekali apabila 2 region dimana bawah satu bumbung southern region duduk bersila menjamah juadah hari raya dan kuih muih yang telah disediakan oleh tuan rumah...

Kemudian itu dah alang-alang smpai ke Batu Pahat, Warga BFM telah dijemput ytk menghadiri beberapa buah rumah ahli Johor region di sekitar Batu Pahat..Namun BFM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Remy dan sekeluarga serta semua crew BLM Johor Region kerana sudi menjemput dan menerima kedatangan kami satu keluarga...dan warga BiG Family Melaka Region ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahin dan Batin kepada semua.....



Big Family Melaka & Johor Region