Welcome To My Guest..

Saturday 29 October 2011

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah

BFM Berkumpul
21 Ogos 2011 Bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah warga BFM telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Kelab Charity dimana satu Majlis gotong royong  telah dianjurkan di sebuah rumah PPRT terpilih di Kg Desa Wawasan Bukit katil. Selain itu, kami juga sempat mengagihkan beberapa hamper dan juga sumbangan duit raya kepada keluarga yang memerlukan...

Program Amal ini telah dilaksanakan dengan jayanya..tahniah BiG Family Melaka!!!
Pengagihan Hamper




Tentatif Program " Ramadhan Bersama Nenek Rafeah"

Tarikh: 21 Ogos 2011
Masa: 2.00PM - 8.00PM
Tempat: Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil,Melaka
Sasaran: Rumah Nenek Rafeah & 3 keluarga yang kurang berkemampuan
Anjuran: Big Family Melaka Region
Arkib Rakaman Rasmi: Harian Metro 

2.00PM - Sesi pengumpulan Big Family Melaka ( Meet Point Dataran MBMB ) 
( 1,2,3 action smile: Photoshoot )- Sharpe Time Please.
BiG Family Yang Terlibat
2.30PM - Big Family mula bergerak ke lokasi yang dipilih. 
( Sesi pengagihan hamper sebagai sumbangan ikhlas)
3.30PM - Tiba di perkarangan rumah Nenek Rafeah.
( Pembahagian tugas oleh Abg Long)
4.00PM - Kerja-kerja amal berlangsung
7.21PM - Mahgrib & Berbuka puasa bersama-sama di Rumah Nenek Rafeah
8.00PM - 1,2,3 action smile: Photoshoot Big Family Melaka Region
8.20PM - Postmortem dan ucapan dari Abg Long
8.30PM - Bersurai

" Semoga segala perancangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan serta diberkati oleh Allah S.W.T agar apa yang kite semua lakukan dapat dibalas di Akhirat kelak...Insyallah Amin Ya Allah"

TakumiOnizuka

*************************************************************************

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah:

Salasilah Nenek Rafeah binti Mohd Rafie:
Nenek yang berusia lingkungan 80 tahun hanya tinggal sendirian di sebuah rumah PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil, Melaka. Nenek Rafeah merupakan isteri kedua kepada arwah suaminya dan juga mempunyai seorang anak kandung lelaki yang tinggal berasingan namun statusnya tidak diketahui. Nenek Rafeah hidup berjiran bersama anak tirinya. Namun Kehidupan Nenek Rafeah kelihatan daif dan susah dengan keadaan kesihatannya tidak berapa mengizinkan. Hanya berbekalkan tongkat utk berjalan walaupun penglihatannya kabur, berbekalkan ubat-ubataan utk meneruskan kehidupan,dan berbekalkan sebuah radio lama untuk berhubung dengan dunia luar....


Hamper + Duit Raya
** Sempena dibulan yang mulia ini..di bulan Ramadhan Al-Mubarak mari kita sama-sama menghulurkan sedikit bantuan kepada Nenek Rafeah seperti:

1. Membersihkan kawasan rumah.
2. Membaiki bumbung yang bocor.
3. Membaiki serta memperbaharui peralatan yang sedang digunakan
4. Makanan Kering & Kuih Raya
5. Dan lain-lain.

Tarikh: 21hb Ogos 2011 (Ahad)
Masa: 2.00PM
Tempat berkumpul: Melaka Mall

Gotong-Royong
Tetamu: Semua Warga BLM ( Muslim,Chinese & India )
Pungutan: Sumbangan Ikhlas
A/c Bank: 154026313191 Maybank: Zurianita Binti Ismail.
**Diharapkan sumbangan itu dapat diberikan awal utk pembelian barang-barang keperluan.

Kerjasama semua warga BLM & Penderma amat kami hargai.

Semoga apa yang kita lakukan ini di berkati oleh Allah SWT.
Yang berat sama dipikul yang ringgan sama di jinjing...Andai kita pernah merasakan kesusahan dalam hidup namun masih ada lagi yang lebih susah daripada kita..Agar penghayatan dalam bulan mulia ni dapat menginsafi kita semua..yang baik kita ambil yang buruk kita hindari..Yang tua kita hormati yang muda kita sayangi...Merealisasikan Charity Driven itu sebagai satu penambat iman didada..

" Usahlah bangga hanya sekadar membawa lambang BLM Charity Driven andai hati tidak mampu merealisasikannya.."

Ramadhan Al Mubarak

Terlebih dahulu Warga BiG Family Melaka ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun 1432 hijrah kepada semua Umat Islam yang berpuasa...
Sebagai menghayati bulan yang penuh makna ini warga BFM telah berpakat utk mengadakan Majlis Berbuka puasa bersama-sama...dengan secara tak langsung salah seorang ahli BFM telah volunteer utk menjadikan rumahnya sebagai tempat berbuka puasa.. Untuk lebih sempurna Majlis itu dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat.

Syukur Alhamdullillah tercapai juga hajat warga BFM utk berbuka puasa beramai-ramai..Sebagai pelengkap lagi.. macam biasalah Keluarga BFM mana nak duduk diam, ada je aktiviti waktu malamnya...sehingga kita semua bercadang utk lepak hingga waktu sahur...


Friendly Futsal Jusco Ayer Keroh Vs BLM Melaka


Player Hebat ni
Perut dah semakin boroi berat dah semakin bertambah..sekian lama tidak bersukan tiba-tiba ada plak friendly main futsal bersama geng jusco ayer keroh….time tulah admin and ahli BFM yang lain sibuk mengfitkan badan semula…

Inilah kali pertama BFM terlibat dalam arena sukan selain daripada bowling...Bertempat di Sport Planet Cheng telah dijadikan tempat bertarung di antara BLM dan Jusco. Walaupun sekian lama BFM tidak bersukan namun BFM tetap memberi saingan yang hebat ketika menentang dengan pihak lawan. Berbekalkan 2 Penjaga Gol hebat iaitu Fadzly bekas goalkeeper Arsenal dan juga Remy bekas goal keeper Liverpool telah menunjukan aksi yang menarik ketika perlawanan itu..

Sebahagian Penyokong
Tidak kurang hebatnya yang telah ditonjolkan oleh pemain-pemain simpanan dari pasukan BFM..Tambahan pula dapat sokongan padu dari peyorak-penyorak ahli BFM sendiri yang hadir memberi sokongan.
Namun kalah dan menang itu tidak penting akan tetapi semangat utk berusaha mencapai kemenangan itu amat berpuashati..dan akhir BFM menjuarai perlawanan itu..

Goalkeeper Hebat..haha
Terima Kasih dan sekalung tahniah kepada permain-permain dari pasukan BFM sendiri yang telah berhempas pulas utk kemenangan itu...dan terimas kasih pada yang hadir utk memberi sokongan...



Lepas buang Lemak kita tambah lemak

Wednesday 26 October 2011

Ops Pindah at IPD Alor Gajah vs Gadek



Tahniah kepada Saudara Syazwan atau dikenali Father Hunter, salah sorang otai dalam Big Family Melaka Region kerana berjaya memiliki rumah idamannya. Kegembiraannya terpancar di raut wajah father & isterinya...Memang cantik rumah yang berharga RM120k dengan mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air serta ruang makan dan ruang tamu yang mempersonakan..


Big Family juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengangkat barang-barang yang hendak dipindahkan ke rumah baru. Dengan jentera yang disediakan oleh skuad abg long Fadzly yang terdiri oleh Takumi,Ash,Voda,Rash,Aidil,Pian,Hafiz kecik,Hafiz Besar,Aidil Iskandar,Popeye, Fairuz,Cik Sha, Fira,Citra,Eqa, K.Ena,K,Diela,Zuria,Azza,Nora Danish dan jumlah kenderaan yang menjengkau 12 buah BLM yang membanjiri di kuaters IPD Alor Gajah. Secara tidak langsung keakraban kami satu keluarga semakit erat & kuat....Inilah dinamakan yang berat sama dipikul yang ringan sama dijunjung.


Setelah penat mengangkat barang-barang, aktiviti mandi manda di Kolam air panas gadek. Terasa segar semula apabila kaki mula mencecah air hangat di Kolam Air panas gadek, Alor Gajah....Namun Big Family memang terbaik, 4.30pagi baru semua mula bersurai.






UOTT Islamic eve Ramadhan


Bulan Ramadhan hampir kunjung tiba, ramai umat islam mengambil kesempatan untuk membuat doa kesyukuran dan juga tahlil..tidak terkecualinya saudara Dzul yang berada diseremban. 23 Julai 2011 Big family di jemput meghadiri majlis tersebut. Gengs yang terlibat Fadzly Sekeluarga, Ash Suami Isteri, Aidil & Rash bersama-sama dengan cinta hati serta Voda & Takumi.

Kami memohon memaaf atas kelewatan kami dengan tidak sengaja atas sebab mempunyai kerja. Namun demi sahabat, kami sampai juga ke Seremban.  

Terima kasih daun keladi ada rezeki jemput kami lagi makan banyak-banyak. Ternyata walaupun kami lewat akan tetapi kami di beri layanan yang baik dari keluarga saudara Dzul. Yang meyeronokkan lagi kami dapat bersama-sama mengayakan pakaian hari raya...terasa macam dah raya je kan time tu..Apa-pun best, walaupun admin penat time tu, admin still enjoy dan boleh lepak-lepak ngn big family.

Welcome To Newbie 700-799


Register Number Fever...inilah gelagat kiteorang setiap kali no register keluar....17 June2011 tepat 12.00Am kami siap sedia untuk reserve no club yang diminati..Seawal Jam 10.00 Malam kami Big Family sudah berkumpul di Man Asam Pedas di Kota Laksamana sambil menjamu selera Asam Pedas bersama-sama.


Seramai 9 orang ahli baru telah berjaya mendapatkan nombor yang diminati.Admin ingin mengucapkan selamat datang ke Big Family Melaka Region...Jangan malu jangan segan kita satu keluarga....


Name: jemiX
Region: Southern Region
Address: Malacca
number: 760


Name: asha
Region: Southern Region
Address: Jasin, Melaka
Number: 779


Name:epul
Region: southern Region
Address: melaka
Number: 700


Name:eroltaicho
Region: Southern Region
Address: Melaka
Number: 701


Name: aidil
Region: Southern Region,Melaka Region
Address: Alor Gajah,Melaka
Number: 707


Name: Norliza Basir
Region: Southern Region
Address: Melaka
Number: 737


Name:citra
Region: Southern Region
Address: Melaka
Number: 721


Name: xiong
Region: Southern Region,Melaka Region
Address: Alor Gajah,Melaka
Number: 765

Annual Grand Meeting 2011


Julung-julung kalinya Big Family membawa kemeriahan didalam AGM 2011 di Port Dickson pada tahun ini. Dengan segak berpakaian Uniform rasmi Southern Region Melaka&Johor berwarna hijau dan corak Lotus melangkah masuk memenuhi ruang-ruang agenda Annual Grand Meeting pada tahun ini.
Sebanyak 14 buah kenderaan Proton Saga BLM yang semua terdiri dari pada Big Family Melaka Region & Johor telah meyusuri sepanjang laluan Melaka ke Port Dickson. Walaupun ketika itu perlbagai halangan yang terkait sama dalam isu politik iaitu kempen BERSIH 2.0, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk bersiap sedia untuk ke AGM  2011 di Port Dickson.


9 July 2011, Sabtu ,Jam 10 pagi semua ahli diminta berkumpul di cheng untuk sesi Breakfast dan sambil menunggu members dari Johor Region untuk bergerak bersama-sama. Tepat jam 11.30 tengahari sesi taklimat dari Moderator & Marshall bagi tujuan penerangan langkah berhati-hati dan juga panduan informasi sepanjang perjalanan kepada para peserta konvoi. Dengan diringi doa kami bergerak menuju ke Port Dickson.


Tepat Jam 1.00 tengari kami selamat smpai ke destinasi dan terus menunju ke Home Stay yang telah di pilih oleh Big Family. Berbekalkan makan tengahari yang ditempah khas oleh Zuria kite dijamukan lauk Ayam masak cili Api, Sayur dan juga tempoyak..Huhhuhuh..Admin x pndai makan tempoyak..belacan makanlah...Setelah selesai semua sesi santapan, kami pun lincah terus bergerak ke Cozzi Hotel, PD. Untuk mengelakkan peserta Konvoi mempunyai masalah trafik, beberapa marshall telah di amanatkan utk menjalankan tugas Blocking&Stopping...Alhamdullillah..perjalanan konvoi sangat lancar...tahniah kepada para marshall...


Jam 3.15 Tengahari sesi pembentangan telah di jalankan...dan perlantikan baru Moderator pada setiap region..Admin ucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat.
Jam 4.45 Petang aktiviti outdoor dimana dilakukan di luar hotel di sekitar pool site. Antara games yang menarik adalah memcipta mumia penggunakan tisu dan mencipta alat peperangan menggunakan kertas.
Dari permainan tersebut team admin telah memenangi kedua- kategori, games pertama geng admin dapat tempat ke-2 dan game kedua geng admin dapat tempat pertama...sungguh layan aktiviti tu...


Pada sebelah malam pula jamuan BBQ telah disediakan, time melantak macam ni geng Big Family Melaka Region memang hebat...Jamuan makan malam tersebut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, Hadiah yang disediakan amat menarik...tapi sayangi admin xdpat satu apa pun..huhuhu..
Selesailah sudah Dinner BBQ, malam masih muda..dan Big Family membuat keputusan melepak tepi pantai ramai-ramai dan buat satu aktiviti. Aktiviti yang boleh membuatkan kami sendiri pecah perut...dan shingga kini bila di bayangkan aktiviti dan aksi ahli southern region ketika itu boleh membuatkan kami tergelak lagi...


Hari terakhir di Port Dickson, Sesi bergambar di tepi Pantai Port Dickson...Ditiup angin yang tenang dan dilindungi awan dari cari cahaya matahari..kami semua berjaya kumpulkan kesemua ahli yang hadir..Kenangan AGM 2011,Port Dickson berjaya dirakam.


Alhamdullillah, selesai sudah AGM 2011, semuanya telah selamat pulang ke destinsi masing-masing..Tahniah buat Negeri Sembilan selaku tuan rumah AGM 2011....


NEW MODERATORS :


Central:
- Ernest139
- Izow159


Southern:
- Syed Akil
- ChickenRun
- Fadzly Azizi


Northern:
- Tazmania24
- Ipohmali 212
- Farid 148


Borneo:
- turbohitachi @fizi bert
- gerald angel


TT Interclub Bowling Tournament


Penglibatan kami ke-2 dalam Interclub Bowling Tournament 2011 pada bulan Jun di MIBC anjuran dari kelab MMC Melaka amat mengalakan. Walaupun hajat tidak kesampain  untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik berbanding penyertaan awal pada 2010, namun kami tetap gembira..apabila big family turut turun pandang memeriahkan suasana di MIBC...Ini yang setiap kali kami mahukan..bukan kemenangan yg kita selalu kejarkan..tetapi semangat berpasukan dan semangat rakan-rakan yang lain turut hadir memberi semangat..


Bak kata orang, walaupun hanya sekadar pertandingan bowling, jika ada ahli yang lain tidak dapat hadir memberi sokongan pasti ada terasa penyesalan...Kini BLM Melaka turut membuktikan bukan setakat duduk melepak membuat UOTT kat warung...malah aktiviti sihat yang lain turut kami lakukan untuk kesihatan bersama.." Majulah Sukan Untuk Negara "


Pada sebelah malam pula, ada satu aktiviti yang tak dirancang..iaitu aktiviti prank, sempena birthday Zurianita. Dari Makan Asam Pedas Man Kota Laksamana dn sesi suprise cake kami membawa ke Jambatan pulau melaka untuk aktiviti kedua dengan dibantu pelakun tambahan takumi onizuka...Birthday Girl terpaksa bermandi tepung..hampir kesemua big family bermandi tepung pada malam itu...namun itulah kami sekeluarga suka bergurau senda..heheheh..Selamat Hari Lahir Zuria...

Raja Sehari Kami Mohd Hafiz & Zurianita (BLM293)




Sabda Rasullullah S.A.W " Apabila telah berkahwin seseorang umatnya, maka die telah melengkapkan separuh daripada agamanya. Maka dengan itu, Bertaqwalah kepada Allah di separuh yang lain selepas berkahwin " Riwayat Bukhari...






Sabtu, 11 Jun 2011 bersamaan 9 Rejab 1432H, Hafiz&Zuria telah selamat di ijab kabulkan di Kediaman KM 7.5 Kampung Alai, Melaka. Kedua mempelai ini adalah salah satu ahli keluarga kami yang sudah selamat mendirikan Masjid dan merealisasikan impian mereka. Syukur Alhamdullillah, Majlis dapat berjalan dengan lancar. Tidak ketinggalan juga Big Family BLM Melaka turut hadir memberi semangat kepada Hafiz&Zuria...Kalau lah big family dah turun padang, mahunya tempat tu macam dorang punya...hehehehe....


Pada hari ke-esokkannya, Konvoi menghantar pengantin sempena majlis meyambut menantu di kediaman keluarga sebelah pihak lelaki..Saga BLM telah membanjir sepanjang laluan ke rumah sebelah Keluarga Pengantin lelaki di Semabok, Melaka...Dengan mengambil kesempatan sebagai adat orang kita, Air Mawar juga direnjis serta bunga rampai di taburkan kepada kedua mempelai sebagai tanda restu dari wakil BLM Melaka Region. Penglibatan dari Ahli keluarga BLM Melaka Region amat memgalakkan..Terima Kasih juga kepada rakan terdekat iaitu Nadia&Dzul dari Negeri Sembilan serta wakil dari BLM Johor Region yang turut hadir memeriahkan Majlis Tersebut. Sekalung penghargaan kepada Marshall, Fadzly,Ash,Chicken dan Takumi sebagai 1st Mashal kerana melancarkan sepanjang laluan konvoi. Admin Sebagai wakil dari Keluarga BLM Melaka Region ingin mengambil kesempatan sekali lagi untuk mengucapkan Selamat Pengatin Baru kepada Hafiz&Zuria semoga berkekalan hingga akhir hayat...Kami sentiasa mengidamkan satu kelahiran kecil dari anda berdua agar keluarga BLM Melaka Region bertambah besar..





AutoShow Pesta Sungai 2011


Penglibatan buat kali pertama BLM Melaka Region dalam menyertai Autoshow telah membuatkan kenangan yang paling membanggakan, setelah di nobatkan sebagai Pemenang " The Best Car Club Gathering"...Itulah target utama kami sepanjang pertandingan tersebut. Dengan semangat dan perlakuan sempoi kami menjadikan kami tak terduga boleh memiliki trofi dan penghargaan itu. Malah ada yang hadir memberi semangat kepada kami sepanjang kami berada disana...


Anjuran dari KW,Gila Kereta dan Majalah Tempatan HiFi yang telah menganjurkan pertandingan tersebut di Dataran Taman Rempah sempana Pesta Sungai Melaka pada bulan Jun yang lalu. Ini telah membutikkan kehadiran Kelab BLM Melaka Region yang sentiasa membawa nama baik BLM Kelab di Negeri Melaka ini. Ini juga membuktikan kelab BLM Melaka bukan sahaja kelab yang kecil atau tidak mempunyai impian dan daya tarikkan, malah ia telah mewujudkan satu pertalian yang erat walaupun dimana berada. Dengan penglibatan kami di pertandingan ini haruslah dijadikan contoh kepada kelab-kelab yang lain. Bukan tujuan utama kami utk menang tapi sekadar menjadikan kesempatan kami untuk beriadah bersama-sama ahli yang lain dan juga berkenalan kepada kelab-kelab yang sangat hebat seperti MMC,Vivac dan yang lain-lain di negeri Melaka.

BLM Charity Program 2011-Batu Pahat


Anjuran dari Hotel Katerina Batu Pahat pada 23 April 2011,  BLM Melaka Region telah di jemput untuk menghadiri dan memeriahkan suasana Majlis Amal...Dari kerja keras dari BLM Johor Southern Region telah membuatkan kata sepakat untuk meyumbang sebahagian baju-baju atau apa sahaja bentuk sumbangan untuk dikumpulkan dan diagihkan kepada keluarga yang kurang kemampuan...Tidak terkecuali keluarga Melaka Region mengambil kesempatan atas sumbangan itu..Alhamdullillah hasilnya cukup megalakkan, bukan sahaja baju didermakan ada diantaranya meyumbangkan Wang,Beras dan keperluaan yang lain...

Disamping itu, Kempen Derma Darah turut dimeriahkan lagi oleh warga BLM ...hampir 99% semua BLM Club mendermakan darah mereka kepada Tabung Darah Malaysia..Semoga sesiapa yang memerlukan darah kami..dapat meneruskan hidup dan memanfaatkan segala darah kami kepada jalan kebaikkan...sekurang-kurangnya ada gak bahagiaan utk kami di akhirat nanti..heheh.

Selesai sudah Majlis Amal, Kami telah meyertai Pertandingan Bowling di Pacific Bowl di Batu Pahat Mall, yang di uruskan sepenuhnya oleh BLM Johor Southern Region...
Yang meyeronokkan hadiah yang telah disediakan amat lucu..Mana x lucunya...admin boleh plak dapat kapur kasut...manakala yang lain ada yang dapat pencuci tandas,tudung salji, berus gigi, peyepak lalat dan macam-macam lagilah...memang terbaik..Tahniah kepada Southern Region kerana berjaya meyempurnakan Majlis dan aktiviti utk kami sekeluarga...Namun di hati Big Family Melaka  ada sedikit kedukaan kerana tidak dapat bersama-sama meyertai rakan-rakan BLM Johor Region ke next aktiviti TT-Berkelah di bekok..Akibat keletihan dan mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat kami elakkan..namun kegembiraan tersimpul rapi di bibir pada setiap Big Family Melaka region..Jika ada umur yang panjang kita akan berkerjasama sekali lagi

Sayonara TakumiOnizuka


Dari suka duka bersama dan akhirnya admin terpaksa berpisah...Admin terpaksa berpindah ke Johor Bahru semula...demi tanggungjawab yang telah di amanatkan oleh syarikat..2 tahun admin di melaka dari tidak kenal sesiapa pun disini..hinggalah menglibatkan diri dan duduk bercampur bersama-sama keluarga BLM melaka Region... Namun setiap kenangan sentiasa diukir bersama-sama...andai terluka dihati resah tidak tentu pasal, bila duduk bersama dengan keluarga ini.. hilang semuanya....
Amat Ternilai dari Big Family Melaka Region
Namun ada hikmah disebaliknya, admin hanya kurang dari 4 bulan je berpindah ke Johor Bahru dan akhir sekali admin dapat duduk bersama-sama mereka di bawah keluarga Melaka Region...

Dah..dah x mau sedih-sedih..Ucu dah balik melaka semula ni....

TT Melaka Mini BBQ


Inilah kami rasa konvoi pertama yang sangat meriah seramai 114 buah kereta BLM yang meyertai aktiviti ini...manakala dari melaka mempunyai 11 buah kenderaan yang meyusuri highway Ayer Keroh ke seremban utk sesi berkumpul bersama geng-geng seremban barulah kami semua bergerak ke Putra Height..kalau nak ikutkan perjalan program ni...hanya lepak-lepak kat mamak je..tapi kenapa kami beriye-iye sangat nak pergi TT Putra Height ni...???..sebab nak berkenal-kenalan dgn Ahli BLM club dari negeri berjiran dgn kami...Tapi memang best...rabak siott..memang ramai time tu yang dapat berkumpul..bukan saje dari melaka johor..tpi penang,pahang, dan lain-lain tempat...


Bukan senang kiteorang dapat berkumpul macam tu...selain dapat berkenalan sesama ahli...kiteorang dapat gak mengeratkan pertalian sesama islam dan juga persahabatan dikalangan ahli yg lain...Disamping itu juga, dapat gak kita cuci-cuci mata melihat kereta-kereta dari rakan yang lain..dari situ kite dapat berkongsi idea, pandangan dan cerita....
Gelak-gelak punya gelak..dalam keasyikan meneroka perjalanan dari Putra Height hendak menghala Putrajaya untuk melengkapkan sesi photoshoot tiba-tiba kereta Admin Blogger plak bocor...habis tersadai kt Bus stop presint 2...haishh apa yang malang ni...tayar spare ada...lengkap tpi ada plak masalah yang lain...screw rim loose...amik kau...Namun kesusahan tu tidak dipikul oleh admin sorang...Susah sama susahkan..nasib ada mekanik handalan..Voda..dielah yg membantu kereta admin..sambil menunggu kereta si admin siap..kiteorang pun berkampung kt Bustop presint 2...smpailah pukul 6 pagi....itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga BLM Melaka Region...sentiasa berkongsi kesusahan bersama..tidak kira dimana kami berada...kami tetap bersama....

TT Putra Height 19 February 2011

Inilah kami rasa konvoi pertama yang sangat meriah seramai 114 buah kereta BLM yang meyertai aktiviti ini...manakala dari melaka mempunyai 11 buah kenderaan yang meyusuri highway Ayer Keroh ke seremban utk sesi berkumpul bersama geng-geng seremban barulah kami semua bergerak ke Putra Height..kalau nak ikutkan perjalan program ni...hanya lepak-lepak kat mamak je..tapi kenapa kami beriye-iye sangat nak pergi TT Putra Height ni...???..sebab nak berkenal-kenalan dgn Ahli BLM club dari negeri berjiran dgn kami...Tapi memang best...rabak siott..memang ramai time tu yang dapat berkumpul..bukan saje dari melaka johor..tpi penang,pahang, dan lain-lain tempat...

Bukan senang kiteorang dapat berkumpul macam tu...selain dapat berkenalan sesama ahli...kiteorang dapat gak mengeratkan pertalian sesama islam dan juga persahabatan dikalangan ahli yg lain...Disamping itu juga, dapat gak kita cuci-cuci mata melihat kereta-kereta dari rakan yang lain..dari situ kite dapat berkongsi idea, pandangan dan cerita....
Gelak-gelak punya gelak..dalam keasyikan meneroka perjalanan dari Putra Height hendak menghala Putrajaya untuk melengkapkan sesi photoshoot tiba-tiba kereta Admin Blogger plak bocor...habis tersadai kt Bus stop presint 2...haishh apa yang malang ni...tayar spare ada...lengkap tpi ada plak masalah yang lain...screw rim loose...amik kau...Namun kesusahan tu tidak dipikul oleh admin sorang...Susah sama susahkan..nasib ada mekanik handalan..Voda..dielah yg membantu kereta admin..sambil menunggu kereta si admin siap..kiteorang pun berkampung kt Bustop presint 2...smpailah pukul 6 pagi....itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan oleh kami sekeluarga BLM Melaka Region...sentiasa berkongsi kesusahan bersama..tidak kira dimana kami berada...kami tetap bersama....

BLMeRs_wEt & spLasH miNi uoTT FAMILY DAY

Ini lah 1st activiti dimana Admin dapat join...so 5 Desember 2010 bermula disini segala aktiviti-aktiviti riadah kami akan di rekodkn sebagai tatapan kenangan indah dan dijadikan bualan pada setiap imbauan kisah-kisah suka duka diantara keluarga BLM Melaka Region kami...

Yang terlibat pada TT Wet & Splash mini adalah rakan-rakan BLM Johor region, Melaka dan sebahagian kecil dari rakan dari Seremban..Memang tidak terduga...support dari Johor Region amat mengalakkan...

Untuk memenuhkan ruang waktu utk kami terus kekal bersama...Melaka Region meyediakan beberapa aktiviti dimana ia telah dimulakan sesi berkumpul di Dataran MBMB dan terus ke MIBC, Melaka International Bowling Center..disitu kami memulakan acara baling guli...hehehe...takkan baling je kan...yang pasti pertandingan bowling antara region...Masing-masing sibuk memberi lontaran yang penuh bermangat utk meyakinkan diri dapat No 1, No 2 & No 3....tapi admin releks je..dgn tidak pandai main..main baling je bola bowling tu...Yang mengejutkan Admin bleh menang dapat No 1..hahaha..dapat la cadar alas tilam...klu x silap     
admin No 2 dimenangikan Fadzly Azizi dan yang ketiga adalah Fairus saat dari Seremban...

Setelah habis bermain bowling, keluarga Melaka region meyediakan aktiviti ke dua iaitu..mandi manda die A'famosa, Alor Gajah...dan aktiviti terakhir pada sebelah malam pula...semua dijemput makan bersama-sama di Ikan Bakar Crystal Bay, Melaka...disusuli dengan penyampain hadiah pertandingan bowling dan sesi ucapan dan bersurai.....

Siapa Moderator Melaka Region

Nak kenal dengan Moderator kami...Die di kenali sebagai Kelvin@Chicken Run selaku memegang MODERATOR SOUTHER REGION dimana Johor & Melaka adalah dibawah pemantaun beliau...klu korng nampak wide screen ada tulisan Proride..itulah die orgnya..gagah perkasa...dan sorang lagi otai kami selaku Moderator Melaka Region dimana Melaka adalah dibawah pemerhatiannya iaitu Fadzly Azizi atau dikenali walak atau nama timangan di dalam BFM ialah Abg Long..Otai ni...klu nampak kereta ada sticker R3 berapi-rapi..memang sah die la orgnya..die suka main himpit-himpit...tpi bukan himpit jahat..himpit-himpit manja..heheheh...so mereka berdua ni sebagai pengerak melaka region...tambahan kiteorng disini ada bekas moderator..yang diantara member paling terawal iaitu Vodafone atau dikenala Mohd Akhmal...Just call him Voda...so die ni sebagai Advisor kami atau bahasa Englishnya Penasihat lah..Kalau nak kenal wajah moderator kami..tgk la kt sebelah kanan tu...hensem, cute dan manis orangnya...
Jika ada apa-apa perbincangan, masalah kami akan duduk semeja dan berbincang bersama-sama...jika berminat boleh berjumpa dgn abg moderator ni ok..atau Abg long & Chicken Run...

Perkenalan Dari Kami

Selamat datang ke Laman rasmi Big Family Melaka Region...Majlis tidak akan kecoh jika tiada kami...Majlis tidak akan meriah jika kami tidak hadir...Itulah kami Big Family Melaka Region. Big Family Melaka region ini adalah sebuah kelab permotoran yang di anggotai oleh Pemilik-Pemilik Proton Saga BLM 1.3 atau Facelift yang ikenali di Malaysia Adalah BLM CLUB.

BLM Club terdapat diserata Negeri yang terbahagi kepada setiap Region. Antaranya Southern,Central,Nothern dan Borneo. Setiap Region akan diwakilkan seorang Moderator sebagai penasihat atau Pengerusi Kelab. Tetapi kami disini adalah sebahagian daripada wakil yang memenuhi ruang negeri di bahagian Southern iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami lebih gemari dipanggil Big Family.

Apa yang tertarik pada Big Family adalah kami hidup dan berkumpul seperti sebuah keluarga. Umpama Cubit Peha kiri Peha kanan akan juga terasa. Dulu Big Family ini hanya sebuah kelab permotoran yang kecil tapi sekian hari dan tahun kami semakin berkembang. Memang tidak dinafikan pelbagai ragam kami sekeluarga amat meriuh rendahkan setiap majlis tidak kira formal dan tidak formal..bak kata orang kalau Big Family Melaka Region ada..boleh rosak majlis tu..Namun Admin sebagai orang luar dan bermastautin di Melaka, Admin happy bercampur denga dorang semua, jika ada masalah bleh hilang sejenak...

Admin sebagai wakil Big Family ingin Menjemput kepada pemilik-pemilik Proton Saga BLM atau Facelift yang berada dekat dengan kami meyertai kami dalam Big Family. Datang dulu lepak dan suai kenal barulah boleh menilai kami...kereta standard ke, baru kuar kilang ke...jangan ada perasaan segan untuk datang berkenalan dengan kami...kereta Admin pun standard je...apa ada hal..janji BLM gak...kami sentiasa mengalu-alukan kedatangana anda...

" Hampiri Kami Big Family Melaka Region sebelum Kami menghampiri kamu ".... andai ternampak sticker BLM Club pada cermin belakang kami tegur je...kami tidak sombong walaupun kami tahu anda mungkin akan sombong dengan kami....Bak kata perpatah " Tak Kenal Maka Tak cinta " tepiskan perasaan malu kalau anda ingin meyertai Big Family..