Welcome To My Guest..

Wednesday 26 October 2011

Ops Pindah at IPD Alor Gajah vs Gadek



Tahniah kepada Saudara Syazwan atau dikenali Father Hunter, salah sorang otai dalam Big Family Melaka Region kerana berjaya memiliki rumah idamannya. Kegembiraannya terpancar di raut wajah father & isterinya...Memang cantik rumah yang berharga RM120k dengan mempunyai 4 bilik tidur, 2 bilik air serta ruang makan dan ruang tamu yang mempersonakan..


Big Family juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama mengangkat barang-barang yang hendak dipindahkan ke rumah baru. Dengan jentera yang disediakan oleh skuad abg long Fadzly yang terdiri oleh Takumi,Ash,Voda,Rash,Aidil,Pian,Hafiz kecik,Hafiz Besar,Aidil Iskandar,Popeye, Fairuz,Cik Sha, Fira,Citra,Eqa, K.Ena,K,Diela,Zuria,Azza,Nora Danish dan jumlah kenderaan yang menjengkau 12 buah BLM yang membanjiri di kuaters IPD Alor Gajah. Secara tidak langsung keakraban kami satu keluarga semakit erat & kuat....Inilah dinamakan yang berat sama dipikul yang ringan sama dijunjung.


Setelah penat mengangkat barang-barang, aktiviti mandi manda di Kolam air panas gadek. Terasa segar semula apabila kaki mula mencecah air hangat di Kolam Air panas gadek, Alor Gajah....Namun Big Family memang terbaik, 4.30pagi baru semua mula bersurai.






No comments:

Post a Comment