Welcome To My Guest..

Saturday 12 November 2011

Annual Grand Meeting 2011

1 October 2011, Majlis Mesyuarat Tahunan 2011 BiG Family Melaka Region telah diadakan di Pantai Puteri, Melaka yang berkonsepkan Barbecue & Relax Night. Inilah Majlis Mesyuarat pertama yang telah dianjurkan oleh BiG Family Melaka Region.

Mesyuarat Tahun ini dibuat bertujuan untuk pengumuman perlantikan Timbalan,Setiausaha dan Exco didalam BFM. Semua perlantikan telah dinilaikan oleh warga BFM melalui undian tertinggi yang dibuka selama seminggu.Disamping itu, mesyuarat tahun ini memberi peluang kepada warga BFM meyesuaikan diri dengan ahli yang lain serta sesi perkenalan ahli 500 hingga 800....

Sambil angin bertiup  duduk bersantai di dataran Pantai Puteri Melaka, warga BFM dapat dihidangkan dengan jamuan ayam BBQ,kuih muih serta pelbagai makanan lagi...Pasti kemeriahan yang tidak dapat kami gambarkan apabila semua sudah duduk berkumpul...Kerjasama, usahasama dan tidak pernah berkira didalam BFM utk menjayakan Mesyuarat ini telah terbukti dengan jayanya....Semoga Majlis seumpama ini dapat di kekal dari tahun ke tahun untuk membentang sebarang cadangan untuk menambah baikkan BiG Family Melaka Region.
Pihak BFM juga ingin ucapkan setinggi tahniah kepada ahli yang tercalon dan juga jutaan terima kasih kepada yang hadir dan kepada sesiapa yang telah bertugus lumus untuk menjayakan program ini....


TIMBALAN PRESIDENT KELAB (ASST.MODERATOR)
 1.TaKumi OniZuka

SETIAUSAHA KELAB:
1.Cik Sha
2.Citra Fariza

JAWATAN TETAP YANG TELAH DILANTIK DAN KEKAL:

MODERATOR SOUTHERN REGION:
1.Mr.Chin Swee To

PENASIHAT KELAB (ADVISOR):
1.Mr. Mohd Akhmal (Vodafone)

MODERATOR MELAKA REGION:
1.Mr.Mohd Fadzly (Abg Long)

BENDAHARI:
1.Mr.Mohd Fadzly
2.Mrs.Zurianita











Friendly Badminton Tournament BFM vs Prosboc

Dua Kelab BLM Gergasi Malaysia telah bertembung didalam satu perlawanan badminton persahabatan edisi 2011...huhuu sungguh mengerunkan bunyinya....Inilah perlawanan persahabatan yang telah di anjurkan Pihak Prosboc Melaka dan kerjasama juga dengan BLM Melaka Region...

Perlawanan ini bertujuan utk mengeratkan lagi hubungan persaudaraan kita didalam dunia permotoran..disamping itu dapat juga kita bersuai kenal antara satu sama lain..
Konsep perlawanan ini adalah liga dan pengiraan mata 21...Namun perlawanan kali ini berpihak pada BLM Melaka Region...

Kalah dan menang bukanlah ukuran, kini dua kelab gergasi BLM telah bersatu BLM & Prosboc..semoga aktiviti sihat ini dapat dicontohi kepada kelab permotoran yang ada di Melaka dan diluar Melaka...

 
                            

Masih Mood Raya



Raya kan sebulan, warga BFM x penat-penat pergi beraya..mana tak penat...bila dah konvoi dan semuanya bersama pasti tidak akan rasa penat...Inilah sudutan kecil sepanjang Hari Raya 2011 didalam keluarga Big  Family Melaka....Pelbagai gelagat dan telatah dalam keluarga ini...

Riang Ria Aidilfitri 2011


Ramadhan telah berlalu, kini Syawal menjelma..inilah tahun pertama BFM meyambut hari raya dengan keluarga yang besar...Kunjung mengunjung dari rumah kerumah ahli BFM telah dilakukan...secara tak langsung kami dapat berkenalan dengan ahli keluarga masing-masing dan sambil menziarahi serta mengambil kesempatan bermaaf-maafan antara satu sama lain...

Tanggal raya keenam keluarga BFM telah dijemput utk hadir ke rumah salah seorang ahli BFM yang berada di Batu Pahat iaitu rumah Takumi @ Remy...tambahan ketika itu BLM Johor Region turut dijemput utk hadir kerumah beliau.. Amat meriah sekali apabila 2 region dimana bawah satu bumbung southern region duduk bersila menjamah juadah hari raya dan kuih muih yang telah disediakan oleh tuan rumah...

Kemudian itu dah alang-alang smpai ke Batu Pahat, Warga BFM telah dijemput ytk menghadiri beberapa buah rumah ahli Johor region di sekitar Batu Pahat..Namun BFM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Remy dan sekeluarga serta semua crew BLM Johor Region kerana sudi menjemput dan menerima kedatangan kami satu keluarga...dan warga BiG Family Melaka Region ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahin dan Batin kepada semua.....



Big Family Melaka & Johor Region



Saturday 29 October 2011

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah

BFM Berkumpul
21 Ogos 2011 Bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah warga BFM telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Kelab Charity dimana satu Majlis gotong royong  telah dianjurkan di sebuah rumah PPRT terpilih di Kg Desa Wawasan Bukit katil. Selain itu, kami juga sempat mengagihkan beberapa hamper dan juga sumbangan duit raya kepada keluarga yang memerlukan...

Program Amal ini telah dilaksanakan dengan jayanya..tahniah BiG Family Melaka!!!
Pengagihan Hamper




Tentatif Program " Ramadhan Bersama Nenek Rafeah"

Tarikh: 21 Ogos 2011
Masa: 2.00PM - 8.00PM
Tempat: Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil,Melaka
Sasaran: Rumah Nenek Rafeah & 3 keluarga yang kurang berkemampuan
Anjuran: Big Family Melaka Region
Arkib Rakaman Rasmi: Harian Metro 

2.00PM - Sesi pengumpulan Big Family Melaka ( Meet Point Dataran MBMB ) 
( 1,2,3 action smile: Photoshoot )- Sharpe Time Please.
BiG Family Yang Terlibat
2.30PM - Big Family mula bergerak ke lokasi yang dipilih. 
( Sesi pengagihan hamper sebagai sumbangan ikhlas)
3.30PM - Tiba di perkarangan rumah Nenek Rafeah.
( Pembahagian tugas oleh Abg Long)
4.00PM - Kerja-kerja amal berlangsung
7.21PM - Mahgrib & Berbuka puasa bersama-sama di Rumah Nenek Rafeah
8.00PM - 1,2,3 action smile: Photoshoot Big Family Melaka Region
8.20PM - Postmortem dan ucapan dari Abg Long
8.30PM - Bersurai

" Semoga segala perancangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan serta diberkati oleh Allah S.W.T agar apa yang kite semua lakukan dapat dibalas di Akhirat kelak...Insyallah Amin Ya Allah"

TakumiOnizuka

*************************************************************************

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah:

Salasilah Nenek Rafeah binti Mohd Rafie:
Nenek yang berusia lingkungan 80 tahun hanya tinggal sendirian di sebuah rumah PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil, Melaka. Nenek Rafeah merupakan isteri kedua kepada arwah suaminya dan juga mempunyai seorang anak kandung lelaki yang tinggal berasingan namun statusnya tidak diketahui. Nenek Rafeah hidup berjiran bersama anak tirinya. Namun Kehidupan Nenek Rafeah kelihatan daif dan susah dengan keadaan kesihatannya tidak berapa mengizinkan. Hanya berbekalkan tongkat utk berjalan walaupun penglihatannya kabur, berbekalkan ubat-ubataan utk meneruskan kehidupan,dan berbekalkan sebuah radio lama untuk berhubung dengan dunia luar....


Hamper + Duit Raya
** Sempena dibulan yang mulia ini..di bulan Ramadhan Al-Mubarak mari kita sama-sama menghulurkan sedikit bantuan kepada Nenek Rafeah seperti:

1. Membersihkan kawasan rumah.
2. Membaiki bumbung yang bocor.
3. Membaiki serta memperbaharui peralatan yang sedang digunakan
4. Makanan Kering & Kuih Raya
5. Dan lain-lain.

Tarikh: 21hb Ogos 2011 (Ahad)
Masa: 2.00PM
Tempat berkumpul: Melaka Mall

Gotong-Royong
Tetamu: Semua Warga BLM ( Muslim,Chinese & India )
Pungutan: Sumbangan Ikhlas
A/c Bank: 154026313191 Maybank: Zurianita Binti Ismail.
**Diharapkan sumbangan itu dapat diberikan awal utk pembelian barang-barang keperluan.

Kerjasama semua warga BLM & Penderma amat kami hargai.

Semoga apa yang kita lakukan ini di berkati oleh Allah SWT.
Yang berat sama dipikul yang ringgan sama di jinjing...Andai kita pernah merasakan kesusahan dalam hidup namun masih ada lagi yang lebih susah daripada kita..Agar penghayatan dalam bulan mulia ni dapat menginsafi kita semua..yang baik kita ambil yang buruk kita hindari..Yang tua kita hormati yang muda kita sayangi...Merealisasikan Charity Driven itu sebagai satu penambat iman didada..

" Usahlah bangga hanya sekadar membawa lambang BLM Charity Driven andai hati tidak mampu merealisasikannya.."

Ramadhan Al Mubarak

Terlebih dahulu Warga BiG Family Melaka ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak pada tahun 1432 hijrah kepada semua Umat Islam yang berpuasa...
Sebagai menghayati bulan yang penuh makna ini warga BFM telah berpakat utk mengadakan Majlis Berbuka puasa bersama-sama...dengan secara tak langsung salah seorang ahli BFM telah volunteer utk menjadikan rumahnya sebagai tempat berbuka puasa.. Untuk lebih sempurna Majlis itu dimulakan dengan bacaan yassin dan doa selamat.

Syukur Alhamdullillah tercapai juga hajat warga BFM utk berbuka puasa beramai-ramai..Sebagai pelengkap lagi.. macam biasalah Keluarga BFM mana nak duduk diam, ada je aktiviti waktu malamnya...sehingga kita semua bercadang utk lepak hingga waktu sahur...


Friendly Futsal Jusco Ayer Keroh Vs BLM Melaka


Player Hebat ni
Perut dah semakin boroi berat dah semakin bertambah..sekian lama tidak bersukan tiba-tiba ada plak friendly main futsal bersama geng jusco ayer keroh….time tulah admin and ahli BFM yang lain sibuk mengfitkan badan semula…

Inilah kali pertama BFM terlibat dalam arena sukan selain daripada bowling...Bertempat di Sport Planet Cheng telah dijadikan tempat bertarung di antara BLM dan Jusco. Walaupun sekian lama BFM tidak bersukan namun BFM tetap memberi saingan yang hebat ketika menentang dengan pihak lawan. Berbekalkan 2 Penjaga Gol hebat iaitu Fadzly bekas goalkeeper Arsenal dan juga Remy bekas goal keeper Liverpool telah menunjukan aksi yang menarik ketika perlawanan itu..

Sebahagian Penyokong
Tidak kurang hebatnya yang telah ditonjolkan oleh pemain-pemain simpanan dari pasukan BFM..Tambahan pula dapat sokongan padu dari peyorak-penyorak ahli BFM sendiri yang hadir memberi sokongan.
Namun kalah dan menang itu tidak penting akan tetapi semangat utk berusaha mencapai kemenangan itu amat berpuashati..dan akhir BFM menjuarai perlawanan itu..

Goalkeeper Hebat..haha
Terima Kasih dan sekalung tahniah kepada permain-permain dari pasukan BFM sendiri yang telah berhempas pulas utk kemenangan itu...dan terimas kasih pada yang hadir utk memberi sokongan...



Lepas buang Lemak kita tambah lemak