Welcome To My Guest..

Intro


Selamat datang ke Laman rasmi Big Family Melaka Region...Majlis tidak akan kecoh jika tiada kami...Majlis tidak akan meriah jika kami tidak hadir...Itulah kami Big Family Melaka Region. Big Family Melaka region ini adalah sebuah kelab permotoran yang di anggotai oleh Pemilik-Pemilik Proton Saga BLM 1.3 atau Facelift yang ikenali di Malaysia Adalah BLM CLUB.

BLM Club terdapat diserata Negeri yang terbahagi kepada setiap Region. Antaranya Southern,Central,Nothern dan Borneo. Setiap Region akan diwakilkan seorang Moderator sebagai penasihat atau Pengerusi Kelab. Tetapi kami disini adalah sebahagian daripada wakil yang memenuhi ruang negeri di bahagian Southern iaitu Melaka Bandaraya Bersejarah. Kami lebih gemari dipanggil Big Family.

Apa yang tertarik pada Big Family adalah kami hidup dan berkumpul seperti sebuah keluarga. Umpama Cubit Peha kiri Peha kanan akan juga terasa. Dulu Big Family ini hanya sebuah kelab permotoran yang kecil tapi sekian hari dan tahun kami semakin berkembang. Memang tidak dinafikan pelbagai ragam kami sekeluarga amat meriuh rendahkan setiap majlis tidak kira formal dan tidak formal..bak kata orang kalau Big Family Melaka Region ada..boleh rosak majlis tu..Namun Admin sebagai orang luar dan bermastautin di Melaka, Admin happy bercampur denga dorang semua, jika ada masalah bleh hilang sejenak...

Admin sebagai wakil Big Family ingin Menjemput kepada pemilik-pemilik Proton Saga BLM atau Facelift yang berada dekat dengan kami meyertai kami dalam Big Family. Datang dulu lepak dan suai kenal barulah boleh menilai kami...kereta standard ke, baru kuar kilang ke...jangan ada perasaan segan untuk datang berkenalan dengan kami...kereta Admin pun standard je...apa ada hal..janji BLM gak...kami sentiasa mengalu-alukan kedatangana anda...

" Hampiri Kami Big Family Melaka Region sebelum Kami menghampiri kamu ".... andai ternampak sticker BLM Club pada cermin belakang kami tegur je...kami tidak sombong walaupun kami tahu anda mungkin akan sombong dengan kami....Bak kata perpatah " Tak Kenal Maka Tak cinta " tepiskan perasaan malu kalau anda ingin meyertai Big Family..