Welcome To My Guest..

Saturday 29 October 2011

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah

BFM Berkumpul
21 Ogos 2011 Bersamaan dengan 21 Ramadhan 1432 Hijrah warga BFM telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai Kelab Charity dimana satu Majlis gotong royong  telah dianjurkan di sebuah rumah PPRT terpilih di Kg Desa Wawasan Bukit katil. Selain itu, kami juga sempat mengagihkan beberapa hamper dan juga sumbangan duit raya kepada keluarga yang memerlukan...

Program Amal ini telah dilaksanakan dengan jayanya..tahniah BiG Family Melaka!!!
Pengagihan Hamper




Tentatif Program " Ramadhan Bersama Nenek Rafeah"

Tarikh: 21 Ogos 2011
Masa: 2.00PM - 8.00PM
Tempat: Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil,Melaka
Sasaran: Rumah Nenek Rafeah & 3 keluarga yang kurang berkemampuan
Anjuran: Big Family Melaka Region
Arkib Rakaman Rasmi: Harian Metro 

2.00PM - Sesi pengumpulan Big Family Melaka ( Meet Point Dataran MBMB ) 
( 1,2,3 action smile: Photoshoot )- Sharpe Time Please.
BiG Family Yang Terlibat
2.30PM - Big Family mula bergerak ke lokasi yang dipilih. 
( Sesi pengagihan hamper sebagai sumbangan ikhlas)
3.30PM - Tiba di perkarangan rumah Nenek Rafeah.
( Pembahagian tugas oleh Abg Long)
4.00PM - Kerja-kerja amal berlangsung
7.21PM - Mahgrib & Berbuka puasa bersama-sama di Rumah Nenek Rafeah
8.00PM - 1,2,3 action smile: Photoshoot Big Family Melaka Region
8.20PM - Postmortem dan ucapan dari Abg Long
8.30PM - Bersurai

" Semoga segala perancangan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan serta diberkati oleh Allah S.W.T agar apa yang kite semua lakukan dapat dibalas di Akhirat kelak...Insyallah Amin Ya Allah"

TakumiOnizuka

*************************************************************************

Ramadhan Bersama Nenek Rafeah:

Salasilah Nenek Rafeah binti Mohd Rafie:
Nenek yang berusia lingkungan 80 tahun hanya tinggal sendirian di sebuah rumah PPRT (Program Pembangunan Rakyat Termiskin) di Jalan Desa Wawasan, Kampung Baru Bukit Katil, Melaka. Nenek Rafeah merupakan isteri kedua kepada arwah suaminya dan juga mempunyai seorang anak kandung lelaki yang tinggal berasingan namun statusnya tidak diketahui. Nenek Rafeah hidup berjiran bersama anak tirinya. Namun Kehidupan Nenek Rafeah kelihatan daif dan susah dengan keadaan kesihatannya tidak berapa mengizinkan. Hanya berbekalkan tongkat utk berjalan walaupun penglihatannya kabur, berbekalkan ubat-ubataan utk meneruskan kehidupan,dan berbekalkan sebuah radio lama untuk berhubung dengan dunia luar....


Hamper + Duit Raya
** Sempena dibulan yang mulia ini..di bulan Ramadhan Al-Mubarak mari kita sama-sama menghulurkan sedikit bantuan kepada Nenek Rafeah seperti:

1. Membersihkan kawasan rumah.
2. Membaiki bumbung yang bocor.
3. Membaiki serta memperbaharui peralatan yang sedang digunakan
4. Makanan Kering & Kuih Raya
5. Dan lain-lain.

Tarikh: 21hb Ogos 2011 (Ahad)
Masa: 2.00PM
Tempat berkumpul: Melaka Mall

Gotong-Royong
Tetamu: Semua Warga BLM ( Muslim,Chinese & India )
Pungutan: Sumbangan Ikhlas
A/c Bank: 154026313191 Maybank: Zurianita Binti Ismail.
**Diharapkan sumbangan itu dapat diberikan awal utk pembelian barang-barang keperluan.

Kerjasama semua warga BLM & Penderma amat kami hargai.

Semoga apa yang kita lakukan ini di berkati oleh Allah SWT.
Yang berat sama dipikul yang ringgan sama di jinjing...Andai kita pernah merasakan kesusahan dalam hidup namun masih ada lagi yang lebih susah daripada kita..Agar penghayatan dalam bulan mulia ni dapat menginsafi kita semua..yang baik kita ambil yang buruk kita hindari..Yang tua kita hormati yang muda kita sayangi...Merealisasikan Charity Driven itu sebagai satu penambat iman didada..

" Usahlah bangga hanya sekadar membawa lambang BLM Charity Driven andai hati tidak mampu merealisasikannya.."

No comments:

Post a Comment