Welcome To My Guest..

Wednesday 26 October 2011

BLM Charity Program 2011-Batu Pahat


Anjuran dari Hotel Katerina Batu Pahat pada 23 April 2011,  BLM Melaka Region telah di jemput untuk menghadiri dan memeriahkan suasana Majlis Amal...Dari kerja keras dari BLM Johor Southern Region telah membuatkan kata sepakat untuk meyumbang sebahagian baju-baju atau apa sahaja bentuk sumbangan untuk dikumpulkan dan diagihkan kepada keluarga yang kurang kemampuan...Tidak terkecuali keluarga Melaka Region mengambil kesempatan atas sumbangan itu..Alhamdullillah hasilnya cukup megalakkan, bukan sahaja baju didermakan ada diantaranya meyumbangkan Wang,Beras dan keperluaan yang lain...

Disamping itu, Kempen Derma Darah turut dimeriahkan lagi oleh warga BLM ...hampir 99% semua BLM Club mendermakan darah mereka kepada Tabung Darah Malaysia..Semoga sesiapa yang memerlukan darah kami..dapat meneruskan hidup dan memanfaatkan segala darah kami kepada jalan kebaikkan...sekurang-kurangnya ada gak bahagiaan utk kami di akhirat nanti..heheh.

Selesai sudah Majlis Amal, Kami telah meyertai Pertandingan Bowling di Pacific Bowl di Batu Pahat Mall, yang di uruskan sepenuhnya oleh BLM Johor Southern Region...
Yang meyeronokkan hadiah yang telah disediakan amat lucu..Mana x lucunya...admin boleh plak dapat kapur kasut...manakala yang lain ada yang dapat pencuci tandas,tudung salji, berus gigi, peyepak lalat dan macam-macam lagilah...memang terbaik..Tahniah kepada Southern Region kerana berjaya meyempurnakan Majlis dan aktiviti utk kami sekeluarga...Namun di hati Big Family Melaka  ada sedikit kedukaan kerana tidak dapat bersama-sama meyertai rakan-rakan BLM Johor Region ke next aktiviti TT-Berkelah di bekok..Akibat keletihan dan mempunyai masalah peribadi yang tidak dapat kami elakkan..namun kegembiraan tersimpul rapi di bibir pada setiap Big Family Melaka region..Jika ada umur yang panjang kita akan berkerjasama sekali lagi

No comments:

Post a Comment