Welcome To My Guest..

Wednesday 26 October 2011

AutoShow Pesta Sungai 2011


Penglibatan buat kali pertama BLM Melaka Region dalam menyertai Autoshow telah membuatkan kenangan yang paling membanggakan, setelah di nobatkan sebagai Pemenang " The Best Car Club Gathering"...Itulah target utama kami sepanjang pertandingan tersebut. Dengan semangat dan perlakuan sempoi kami menjadikan kami tak terduga boleh memiliki trofi dan penghargaan itu. Malah ada yang hadir memberi semangat kepada kami sepanjang kami berada disana...


Anjuran dari KW,Gila Kereta dan Majalah Tempatan HiFi yang telah menganjurkan pertandingan tersebut di Dataran Taman Rempah sempana Pesta Sungai Melaka pada bulan Jun yang lalu. Ini telah membutikkan kehadiran Kelab BLM Melaka Region yang sentiasa membawa nama baik BLM Kelab di Negeri Melaka ini. Ini juga membuktikan kelab BLM Melaka bukan sahaja kelab yang kecil atau tidak mempunyai impian dan daya tarikkan, malah ia telah mewujudkan satu pertalian yang erat walaupun dimana berada. Dengan penglibatan kami di pertandingan ini haruslah dijadikan contoh kepada kelab-kelab yang lain. Bukan tujuan utama kami utk menang tapi sekadar menjadikan kesempatan kami untuk beriadah bersama-sama ahli yang lain dan juga berkenalan kepada kelab-kelab yang sangat hebat seperti MMC,Vivac dan yang lain-lain di negeri Melaka.

No comments:

Post a Comment