Welcome To My Guest..

Wednesday 26 October 2011

Annual Grand Meeting 2011


Julung-julung kalinya Big Family membawa kemeriahan didalam AGM 2011 di Port Dickson pada tahun ini. Dengan segak berpakaian Uniform rasmi Southern Region Melaka&Johor berwarna hijau dan corak Lotus melangkah masuk memenuhi ruang-ruang agenda Annual Grand Meeting pada tahun ini.
Sebanyak 14 buah kenderaan Proton Saga BLM yang semua terdiri dari pada Big Family Melaka Region & Johor telah meyusuri sepanjang laluan Melaka ke Port Dickson. Walaupun ketika itu perlbagai halangan yang terkait sama dalam isu politik iaitu kempen BERSIH 2.0, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat kami untuk bersiap sedia untuk ke AGM  2011 di Port Dickson.


9 July 2011, Sabtu ,Jam 10 pagi semua ahli diminta berkumpul di cheng untuk sesi Breakfast dan sambil menunggu members dari Johor Region untuk bergerak bersama-sama. Tepat jam 11.30 tengahari sesi taklimat dari Moderator & Marshall bagi tujuan penerangan langkah berhati-hati dan juga panduan informasi sepanjang perjalanan kepada para peserta konvoi. Dengan diringi doa kami bergerak menuju ke Port Dickson.


Tepat Jam 1.00 tengari kami selamat smpai ke destinasi dan terus menunju ke Home Stay yang telah di pilih oleh Big Family. Berbekalkan makan tengahari yang ditempah khas oleh Zuria kite dijamukan lauk Ayam masak cili Api, Sayur dan juga tempoyak..Huhhuhuh..Admin x pndai makan tempoyak..belacan makanlah...Setelah selesai semua sesi santapan, kami pun lincah terus bergerak ke Cozzi Hotel, PD. Untuk mengelakkan peserta Konvoi mempunyai masalah trafik, beberapa marshall telah di amanatkan utk menjalankan tugas Blocking&Stopping...Alhamdullillah..perjalanan konvoi sangat lancar...tahniah kepada para marshall...


Jam 3.15 Tengahari sesi pembentangan telah di jalankan...dan perlantikan baru Moderator pada setiap region..Admin ucapkan tahniah kepada mereka yang terlibat.
Jam 4.45 Petang aktiviti outdoor dimana dilakukan di luar hotel di sekitar pool site. Antara games yang menarik adalah memcipta mumia penggunakan tisu dan mencipta alat peperangan menggunakan kertas.
Dari permainan tersebut team admin telah memenangi kedua- kategori, games pertama geng admin dapat tempat ke-2 dan game kedua geng admin dapat tempat pertama...sungguh layan aktiviti tu...


Pada sebelah malam pula jamuan BBQ telah disediakan, time melantak macam ni geng Big Family Melaka Region memang hebat...Jamuan makan malam tersebut dimeriahkan dengan cabutan bertuah, Hadiah yang disediakan amat menarik...tapi sayangi admin xdpat satu apa pun..huhuhu..
Selesailah sudah Dinner BBQ, malam masih muda..dan Big Family membuat keputusan melepak tepi pantai ramai-ramai dan buat satu aktiviti. Aktiviti yang boleh membuatkan kami sendiri pecah perut...dan shingga kini bila di bayangkan aktiviti dan aksi ahli southern region ketika itu boleh membuatkan kami tergelak lagi...


Hari terakhir di Port Dickson, Sesi bergambar di tepi Pantai Port Dickson...Ditiup angin yang tenang dan dilindungi awan dari cari cahaya matahari..kami semua berjaya kumpulkan kesemua ahli yang hadir..Kenangan AGM 2011,Port Dickson berjaya dirakam.


Alhamdullillah, selesai sudah AGM 2011, semuanya telah selamat pulang ke destinsi masing-masing..Tahniah buat Negeri Sembilan selaku tuan rumah AGM 2011....


NEW MODERATORS :


Central:
- Ernest139
- Izow159


Southern:
- Syed Akil
- ChickenRun
- Fadzly Azizi


Northern:
- Tazmania24
- Ipohmali 212
- Farid 148


Borneo:
- turbohitachi @fizi bert
- gerald angel


No comments:

Post a Comment